Mukah, Jentera Pilihan raya BN perlu turun padang dan
bergerak ke pelusuk dan ceruk Kampung-kampung serta rumah-rumah panjang untuk
membantu Calon BN dalam menentukan kemenangan besar pada PRK DUN Balingian kelak.
Jentera pilihan raya komponen-komponen BN juga hendaklah bekerjasama senada
seirama sebagai satu pasukan dan ketepikan segala perselisihan yang akan
mendatangkan kerugian pada pihak BN itu sendiri.
Menjadi keutamaan adalah kemenangan calon BN, Mendekati,
Mendampingi dan Merayu adalah strategi
dan kaedah yang harus digunapakai untuk meraih sokongan Pengundi yang terdiri
dari pelbagai lapisan masyarakat mahupun peringkat umur. Disamping itu juga
Jentera BN hendaklah mengkaji strategi serta mengenal pasti dan mencari kekuatan,
kelemahan, ancaman serta peluang pihak
lawan. Ini amat penting agar dapat mematah serta menepis segala hujah-hujah dan
isu-isu yang di mainkan oleh pihak PKR.
Pihak Pakatan Rakyat sudah pasti akan menendangkan lagu yang
sama sahaja seperti pilihanraya yang lepas iaitu menabur dan membuat pelbagai
janji itu dan ini,namun itu semua hanyalah janji-janji kosong untuk mereka
meraih undi sahaja kerana bagi mereka “Manifesto Bukan Janji”.
Pasti nya rakyat juga tahu janji-janji mereka hanya janji
manis semasa pilihanraya saja dan tidak akan dikotakan. Hal ini terbukti setiap
kali Pilihanraya umum atau pun “by-election”, PKR pasti akan menabur janji yang
tiada hitam putihnya, bulan dan bintang lah,
entah apa lagi yang boleh dipercayai kepada pembangkang. Lainlah kalau
yang berjanji itu calon Barisan Nasional, pasti janji dan ikrarnya boleh
dipercayai kerana ia disokong oleh kepimpinan Negeri dan Pusat, segala yang di
janji akan diambil kira, kerajaan akan sedaya upaya menunaikan dan memenuhi
segala janji demi membawa kelangsungan pembangunan dan kemajuan kepada rakyat.
Rakyat didahulukan dan Janji di TEPATI….
Keutamaan dan menjadi satu “Key Performance Indicator” (KPI)
bagi calon BN adalah menunaikan apa yang dijanjikan ketika berkempen dan bukan
seperti calon pembangkang yang amat pandai berdalih dan beralasan ketika tidak
mampu menunaikan janji.
Kepada pengundi DUN N. 51 Balingian, pilihlah secara bijak
pada 29hb March 2014 ini nanti, kerana pilihan yang betul akan melancar dan
melonjak Balingian ke arah Kemajuan dan Pembangunan yang berterusan.
No comments:
Post a Comment