Jalan raya yang menghubung pekan Marudi ke Miri sepanjang 46km dengan kos 60 juta yang telah siap pembinaannya tahun 2013 tapi masih lagi kedengaran rungutan dari pengguna-pengguna jalan tersebut sering rosak lebih-lebih lagi bila hari hujan dan ini menyukar dan membahayakn pengguna-pengguna jalan tersebut.
Dari Marudi ke Miri pengguna jalan ini terpaksa membayar sebanyak RM30 kerana perlu menaiki 2 buah Feri untuk menyeberang Sg. Baram dan Sg. Arang, ini membebankan pengguna-pengguna kerana terpaksa membayar dengan harga yang mahal tapi jalan amat teruk.
Jalan yang sering rosak ini seharusnya di baiki dengan kerap dan segera kerana ia adalah satu-satunya jalan yang menghubungi Marudi dan Miri. Mohon nagar pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian dan tindakan segera.
No comments:
Post a Comment