Kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan
kemakmuran walau apa pun fahaman politik seharusnya bersatu dan berdoa agar
pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan Kuala Lumpur - Beijing dapat
dikesan dan jumpai dalam masa yang terdekat ini.
Sekarang ini bermacam andaian dan versi-versi cerita palsu
yang tersebar, sepatutnya kita lebih bijak dalam mendapatkan perkembangan terkini kehilangan
pesawat MH370 dari sumber-sumber yang sahih. Janganlah kita sewenang-wenangnya
membuat pelbagai spekulasi dan pelbagai teori kehilaangan pesawat MH370 ini.
Kita seharusnya menghormati sensitiviti keluarga
yang terlibat dengan kehilangan pesawat MH370 ini. Tunjukkanlah rasa hormat
kepada keluarga penumpang-penumpang yang terlibat dengan pesawat MH370
tersebut. Berat mata memandang berat
lagi bahu yang memikul. Buat semua keluarga penumpang yang terlibat di harap
berbanyaklah bersabar dan tabah menghadapi saat-saat sulit ini. Sudah pasti kerajaan Malaysia masih berusaha
sedaya upaya mencari dan mengesan pesawat MH370 serta di bantu Negara-negara
luar dalam operasi besar-besaran ini.
Dalam kita menungu perkembangan seterusnya sama-samalah kita
terus berdoa agar pesawat MH370 ini akan dapat di kesan dan dijumpai dalam
masa yang terdekat ini. Marilah kita mendoakan agar kesemua penumpang MH370 selamat.
No comments:
Post a Comment