Total Pageviews

Thursday, March 13, 2014

MENCARI #MH370

Masuk hari ke 6 kehilangan Pesawat #MH370, Operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran bagi mengesan kehilangan penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing, setakat ini masih gagal menemui sebarang petunjuk, ini menimbulkan berbagai persoalan dan tanda tanya, tidak kurang pula pelbagai telahan yang dangkal di suarakan serta di kongsikan di sana-sini lebih-lebih lagi oleh pakar-pakar kedai kopi…..

Kita percaya kerajaan Malaysia dan  MALAYSIA AIRLINES telah buat yang terbaik serta berusaha keras dari pelbagai aspek dan semampu-mampu nya menangani situasi ini sambil di bantu Negara-negara luar… tapi adakah kita sebagai rakyat bersama dan bersatu dalam situasi begini, sebaliknya kita sibuk menonjolkan teori-teori dangkal yang berbeza sesama sendiri di kedai-kedai kopi, di laman sesawang sehingga kita lupa melakukan solat hajat dan berdoa sebagai seorang muslim dan memohon pertolongan dari ALLAH swt.
Memang bagus ada cadangan agar PM menghubungi Imam Mekah dan Ulamak-ulamak di tanah arab untuk solat hajat dan berdoa di tempat mereka tapi bagai mana pula dengan kita,berapa banyak surau-surau dan masjid-masjid di Malaysia yang melakukan solat hajat, perlukah kita menunggu arahan dari kerajaan baru kita menghadirkan diri dan melakukan solat hajat, mungkin Allah swt menunggu satu sahaja lagi lagi doa dan solat hajat dari seorang hambaNYA. Mungkin orang itu adalah ANDA?  Mana usaha kita… Sebaliknya kita ada yang sibuk menjadi pakar teori, mencari maklumat membuat andaian serta spekulasi dan terus cepat-cepat menghantar dan berkongsi di laman sesawang tanpa memeriksa ataupun meneliti sumber yang kita terima serta kesahihan nya, ya memang betul lah kata sesetengah  orang, Orang Malaysia suka pada rumours….


Ada pihak pula yang melihat dari sudut politik dan menyalahkan kerajaan saja, apa yang kerajaan buat serta lakukan semuanya tak betul, yang kurang akal pula mengatakan ia adalah Konspirasi, semuanya di lihat dari sudut Negatif saja. Jangan hanya membuat spekulasi tanpa fakta Seharusnya sebagai rakyat Malaysia yang cinta kan kemakmuran dan kedamaian, Kita sentiasa bersama dan bersatu menghadapi musibah ini tanpa mengira fahaman politik maupun parti, bangsa dan agama, kita tunjukkan sikap dan semangat Patriotik kita dan menyokong kerajaan menangani tragedi ini. Berfikirlah secara minda kelas pertama. Kita juga sebagai manusia jangan lupa ini semua perancangan dan ketentuan ALLAH swt, sebagai orang islam yang beriman wajib percaya pada Qada n Qadar nya. Kita hanya mampu berusaha dari pelbagai sudut sama ada Sains dan Teknologi di samping itu kita jangan lupa untuk terus berdoa pada ALLAH swt memohon pertolongan nya agar semua ini akan terjawab dalam masa terdekat


Sesungguh Doa dan Solat hajat adalah senjata ampuh umat Islam dan apa yang diminta tidak mustahil bagi ALLAH swt untuk memperkenan dan memenuhi nya...... 

No comments:

Post a Comment