Total Pageviews

Wednesday, May 28, 2014

TAHU KAH ANDA....?

Kawan2 kalau tak suka kerajaan BN .....pegi duduk THAILAND negara aman. SAya forward dari group lain untuk renungan kekawan semua... sebab bolehlah jadi bahan bacaan.

CERITA mengenai pembaziran yang dikaitkan dengan kehadiran dua panda dari China, Fu Wa dan Feng Yi memang mudah menusuk kalbu. Rata-rata rakyat percaya, wang mereka digunakan kerajaan untuk membayar kos dua haiwan itu.
Lalu kerajaan pun dikecam bertalu-talu. Ada yang mencipta peri bahasa baharu, 'panda dari negara orang, tidur dalam bilik berhawa dingin, rakyat sendiri dibiar tidur bawah jambatan'.
Sekali pandang, kecaman ini memang nampak beralas. Bawa masuk dua binatang yang hampir pupus dengan kos puluhan juta, memang kelihatan seperti membazir. Apa lagi ianya berlaku tatkala kerajaan sedang bersiap sedia hendak melaksanakan GST tahun hadapan. Lalu mudahlah untuk diberatkan lagi tuduhan, GST gunanya untuk tanggung makan minum panda!
Ada pula yang sampai mencipta cukai baharu, 'cukai pandapatan' katanya!
Dalam keadaan ini, menyalahkan rakyat semata-mata pun tidak betul juga. Soalnya, seperti juga GST, sejauh manakah kerajaan berusaha memberikan penerangan sejelas mungkin kepada orang ramai mengapa dua panda ini kita pinjam daripada China.
Usaha kecil saya mencari maklumat berkaitan Diplomasi Panda dan signifikannya kepada negara dalam situasi semasa, menghadapkan saya dengan banyak respons. Ramai yang memberi maklum balas positif bahawa selama ini mereka tidak faham mengapa kerajaan perlu meminjam panda daripada China dan tulisan saya di Facebook menyedarkan mereka mengenai hal itu.
Secara mudah, siapa pun juga akan anggap kos yang dibayar untuk bawa masuk Fu Wan dan Feng Yi dari China sebagai membazir.
Namun bagi yang memahami akan makna, keperluan dan kewajaran langkah itu dari segi diplomatik dan signifikannya pada hubungan dua hala, saya yakin darjat prasangka itu akan jauh berkurangan, kalau pun tidak terhapus terus.


Neokolonialisme
China sangat penting bagi Malaysia untuk mengimbangi pengaruh antara kuasa besar, terutama Amerika Syarikat (AS). 


Dalam dominasi kuasa dunia hari ini, AS mahu semua negara tunduk kepadanya dan akur dengan segala ketetapan yang dibuatnya. Dasar neokolonialisme AS teramat jelas. Ini tiada siapa pun boleh nafikan!

Sebagai 'super power', negara itu cuba menguasai dunia sebagai kuasa tunggal yang bebas masuk campur dalam urusan negara lain, terutama negara kecil seperti Malaysia.
Selepas berakhir Perang Dingin, AS menjadi satu-satunya 'super power' yang begitu bebas lagi berleluasa mencatur politik dunia. Lihatlah bagaimana ia mencetuskan perang di Iraq pada masa Bush Sr dan Bush Jr tanpa tentangan. Demikian juga di Afghanistan, kononnya untuk memerangi keganasan.
Dan kemudiannya di Libya yang hingga hari ini masih tidak berkesudahan bahananya.


Hakikatnya, dunia hari ini diperlihatkan bahawa tidak ada kuasa manusia yang boleh menandingi AS. Rusia cuba untuk bangkit menunjuk belang di Ukraine tetapi akhirnya sedar, ia tidak mampu. Dan Beruang Merah akhirnya berundur!



Potensi kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi baharu dunia sememangnya cukup menggusarkan AS!



Atas sebab itulah, AS mencurigai setiap negara yang ada hubungan akrab dengan China, termasuk Malaysia. Apakah kunjungan Barack Obama ke negara kita bulan lalu hanya sekadar kunjungan biasa?



Apakah ini bukan suatu usaha oleh AS untuk memastikan kita terus tunduk kepada Uncle Sam?



Dari segi ekonomi, China adalah negara dagangan terbesar Malaysia dengan nilai RM320 bilion setahun selama lima tahun berturut-turut. Nilai dagangan Malaysia dengan AS pula ialah RM112 bilion setahun. Dari segi nilai dagangan, AS masih jauh berkurangan berbanding China walaupun negara itu adalah pelabur utama kita dengan nilai RM29.2 bilion setahun.

Melobi
Justeru menjadi tanggung jawab kerajaan untuk memastikan hubungan baik dengan China berterusan. Panda adalah simbol diplomasi China sejak zaman Dinasti Tang lagi apabila Maharani Wu Zetian (625-705) menghadiahkan haiwan hitam putih itu kepada Maharaja Jepun.
Dan berbanding dengan negara lain yang terpaksa melobi untuk mendapatkan panda, Malaysia sebaliknya ditawarkan oleh Kerajaan China untuk menjaga dua daripada hanya lebih kurang seribu panda yang masih ada di dunia. Ini satu penghormatan!


Simbolik pada penghormatan ini adalah keyakinan China kepada negara yang diterima sebagai sahabat untuk menjaga aset dunia yang hampir pupus itu sebagaimana negara berkenaan menjaga hubungan mereka supaya generasi akan datang terus berpeluang hidup bersama panda.



Setakat ini, China hanya menghantar panda ke 17 zoo di 12 negara sahaja dan untuk mendapat peluang itu bukan mudah. Kanada menunggu selama 39 tahun sebelum Ershun dan Ji Li dihantar ke Zoo Toronto pada Februari 2012. Zoo Atlanta di AS pula terpaksa melobi selama 12 tahun dengan kos kempen RM16 juta untuk membuka hati pemimpin China membenarkan panda dihantar kepada mereka.



Lalu apabila China menawarkan Fu Wa dan Feng Yi kepada Malaysia, apakah tawaran itu patut ditolak sebagaimana pandangan para bijak pandai papan kekunci yang ghairah mengecam kerajaan berhubung isu ini?



Jika ditolak, apa pula implikasinya kepada hubungan bilateral yang sudah terjalin selama 40 tahun? Apa pula kesannya kepada ekonomi negara tanpa sumbangan China?



Kita juga maklum bahawa hubungan dengan China melalui episod suram sejak dua bulan lalu yang berpunca daripada MH370 dan diberatkan lagi dengan kes penculikan dua warga China di Sabah. Pada masa yang sama, ada desas-desus Kerajaan China hampir membatalkan penghantaran dua panda itu yang sekali gus merisaukan mereka yang memahami justifikasi perjanjian kerjasama konservasi haiwan itu kepada negara.



Apa lagi China dalam beberapa tahun akan datang menyediakan peluang pelaburan bernilai lebih RM257 bilion dan ini peluang lumayan untuk Malaysia. Hubungan diplomatik yang sudah berusia 40 tahun amat perlu dipertahankan.



Justeru perlu difahami bahawa panda bukan semata-mata binatang zoo seperti singa Afrika atau harimau Bengal untuk kerajaan bawa dengan kos yang begitu besar sebagai tontonan. Nilainya jauh lebih mahal berbanding RM25 juta kos untuk membina sangkarnya.



China adalah pasaran terbesar dunia yang amat diperlukan untuk kelestarian ekonomi Malaysia. Kerana itu, dalam memahami isu ini, jangan terbawa-bawa dengan emosi konon kitalah orang yang paling ke hadapan dalam menentang pembaziran tanpa memahami apa yang sebenarnya kita tentang!



Saya yakin, kalau kerajaan kita semata-mata condong kepada AS, orang yang sama juga akan mengecam. Berpolitik dengan kuasa besar perlu kebijaksanaan. Sekurang-kurangnya apabila kita akrab dengan China, AS akan sedikit berhati-hati dan kita juga akan ada kuasa tawar-menawar. Tetapi untuk menjauh daripada AS begitu sahaja pun tidak boleh juga.



Ini kerana, ikut pada adat ekonomi kita tidak boleh hidup tanpa kuasa-kuasa ini. AS adalah negara yang ada peranan dan menguasai ekonomi hampir semua negara di dunia. Sebesar-besar Rusia pun, apabila dikenakan sekatan ekonomi oleh AS, berundur juga tentera mereka dari Ukraine.



Jadi sama-samalah kita renung, fahami sedalam mungkin sesuatu makna sebelum kita tentang. Saya bukan penyokong totok mana-mana pemimpin atau parti politik kerana bagi yang mengikuti tulisan saya di Sinar Harian, mereka akan sedar bahawa saya sering juga mengkritik pemimpin kerajaan.


Yang penting, mengkritik biarlah dengan kefahaman, bukan prasangka

#Copy Paste

Thursday, March 20, 2014

PRK DUN BALINGIAN : BN VS PKR


Mukah, Jentera Pilihan raya BN perlu turun padang dan bergerak ke pelusuk dan ceruk Kampung-kampung serta rumah-rumah panjang untuk membantu Calon BN dalam menentukan kemenangan besar pada PRK DUN Balingian kelak. Jentera pilihan raya komponen-komponen BN juga hendaklah bekerjasama senada seirama sebagai satu pasukan dan ketepikan segala perselisihan yang akan mendatangkan kerugian pada pihak BN itu sendiri.

Menjadi keutamaan adalah kemenangan calon BN, Mendekati, Mendampingi dan  Merayu adalah strategi dan kaedah yang harus digunapakai untuk meraih sokongan Pengundi yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat mahupun peringkat umur. Disamping itu juga Jentera BN hendaklah mengkaji strategi serta mengenal pasti dan mencari kekuatan, kelemahan, ancaman serta  peluang pihak lawan. Ini amat penting agar dapat mematah serta menepis segala hujah-hujah dan isu-isu yang di mainkan oleh pihak PKR.

Pihak Pakatan Rakyat sudah pasti akan menendangkan lagu yang sama sahaja seperti pilihanraya yang lepas iaitu menabur dan membuat pelbagai janji itu dan ini,namun itu semua hanyalah janji-janji kosong untuk mereka meraih undi sahaja kerana bagi mereka “Manifesto Bukan Janji”.

Pasti nya rakyat juga tahu janji-janji mereka hanya janji manis semasa pilihanraya saja dan tidak akan dikotakan. Hal ini terbukti setiap kali Pilihanraya umum atau pun “by-election”, PKR pasti akan menabur janji yang tiada hitam putihnya, bulan dan bintang lah,  entah apa lagi yang boleh dipercayai kepada pembangkang. Lainlah kalau yang berjanji itu calon Barisan Nasional, pasti janji dan ikrarnya boleh dipercayai kerana ia disokong oleh kepimpinan Negeri dan Pusat, segala yang di janji akan diambil kira, kerajaan akan sedaya upaya menunaikan dan memenuhi segala janji demi membawa kelangsungan pembangunan dan kemajuan kepada rakyat. Rakyat didahulukan dan Janji di TEPATI….

Keutamaan dan menjadi satu “Key Performance Indicator” (KPI) bagi calon BN adalah menunaikan apa yang dijanjikan ketika berkempen dan bukan seperti calon pembangkang yang amat pandai berdalih dan beralasan ketika tidak mampu menunaikan janji.


Kepada pengundi DUN N. 51 Balingian, pilihlah secara bijak pada 29hb March 2014 ini nanti, kerana pilihan yang betul akan melancar dan melonjak Balingian ke arah Kemajuan dan Pembangunan yang berterusan.

Monday, March 17, 2014

Fight For The Future: PRK DUN BALINGIAN : 1 LAWAN 1

Fight For The Future: PRK DUN BALINGIAN : 1 LAWAN 1: MUKAH: Sebaik saja proses penamaan calon di Dewan Suarah Mesra Mukah ditutup pada jam 10 pagi tadi menyaksikan pertembungan satu lawan sat...

Thursday, March 13, 2014

MENCARI #MH370

Masuk hari ke 6 kehilangan Pesawat #MH370, Operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran bagi mengesan kehilangan penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing, setakat ini masih gagal menemui sebarang petunjuk, ini menimbulkan berbagai persoalan dan tanda tanya, tidak kurang pula pelbagai telahan yang dangkal di suarakan serta di kongsikan di sana-sini lebih-lebih lagi oleh pakar-pakar kedai kopi…..

Kita percaya kerajaan Malaysia dan  MALAYSIA AIRLINES telah buat yang terbaik serta berusaha keras dari pelbagai aspek dan semampu-mampu nya menangani situasi ini sambil di bantu Negara-negara luar… tapi adakah kita sebagai rakyat bersama dan bersatu dalam situasi begini, sebaliknya kita sibuk menonjolkan teori-teori dangkal yang berbeza sesama sendiri di kedai-kedai kopi, di laman sesawang sehingga kita lupa melakukan solat hajat dan berdoa sebagai seorang muslim dan memohon pertolongan dari ALLAH swt.
Memang bagus ada cadangan agar PM menghubungi Imam Mekah dan Ulamak-ulamak di tanah arab untuk solat hajat dan berdoa di tempat mereka tapi bagai mana pula dengan kita,berapa banyak surau-surau dan masjid-masjid di Malaysia yang melakukan solat hajat, perlukah kita menunggu arahan dari kerajaan baru kita menghadirkan diri dan melakukan solat hajat, mungkin Allah swt menunggu satu sahaja lagi lagi doa dan solat hajat dari seorang hambaNYA. Mungkin orang itu adalah ANDA?  Mana usaha kita… Sebaliknya kita ada yang sibuk menjadi pakar teori, mencari maklumat membuat andaian serta spekulasi dan terus cepat-cepat menghantar dan berkongsi di laman sesawang tanpa memeriksa ataupun meneliti sumber yang kita terima serta kesahihan nya, ya memang betul lah kata sesetengah  orang, Orang Malaysia suka pada rumours….


Ada pihak pula yang melihat dari sudut politik dan menyalahkan kerajaan saja, apa yang kerajaan buat serta lakukan semuanya tak betul, yang kurang akal pula mengatakan ia adalah Konspirasi, semuanya di lihat dari sudut Negatif saja. Jangan hanya membuat spekulasi tanpa fakta Seharusnya sebagai rakyat Malaysia yang cinta kan kemakmuran dan kedamaian, Kita sentiasa bersama dan bersatu menghadapi musibah ini tanpa mengira fahaman politik maupun parti, bangsa dan agama, kita tunjukkan sikap dan semangat Patriotik kita dan menyokong kerajaan menangani tragedi ini. Berfikirlah secara minda kelas pertama. Kita juga sebagai manusia jangan lupa ini semua perancangan dan ketentuan ALLAH swt, sebagai orang islam yang beriman wajib percaya pada Qada n Qadar nya. Kita hanya mampu berusaha dari pelbagai sudut sama ada Sains dan Teknologi di samping itu kita jangan lupa untuk terus berdoa pada ALLAH swt memohon pertolongan nya agar semua ini akan terjawab dalam masa terdekat


Sesungguh Doa dan Solat hajat adalah senjata ampuh umat Islam dan apa yang diminta tidak mustahil bagi ALLAH swt untuk memperkenan dan memenuhi nya...... 

Tuesday, March 11, 2014

29HB BALINGIAN KEKAL MILIK BN. .?


Tarikh pengundian awal adalah pada 25 Mac manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 17 Mac.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Mac sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian selepas PRK Kajang yang ditetapkan pada 23 Mac selesai diadakan.
Persoalan nya sekarang ialah siapakah calon BN yang bakal mengisi kekosong  Kerusi DUN Balingian yang kosong susulan peletakan jawatan penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Siapa pun calon BN nanti yang pasti dia adalah yang terbaik telah di pilih oleh pucuk pimpinan negeri dan Pusat.  Calon BN sudah pasti dari parti PBB kerana kerusi bagi DUN tersebut milik parti PBB. Pemerhati Politik menjangkakan PBB akan mengekalkan kerusi DUN Balingian menjadi milik BN, tapi bolehkah calon baru ini menang dengan majoriti yang besar kerana  pada pilihanraya yang lepas menunjukkan setiap kali calon baru diperkenalkan, sokongan pasti akan meningkat.
Pilihanraya kecil DUN balingian ini akan menjadi penanda aras sokongan kepada BN untuk menghadapi pilihanraya Negeri yang di jangka dalam masa 2 tahun lagi. Pilihanraya kecil DUN Balingian ini juga adalah ujian pertama untuk kepimpinan Ketua Menteri Sarawak yang Baru.
Apa pun semua nya pasti akan terjawap pada malam 29.03.2014 nanti.

Sunday, March 9, 2014

DOA BUAT #MH370

Kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran walau apa pun fahaman politik seharusnya bersatu dan berdoa agar pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan Kuala Lumpur - Beijing dapat dikesan dan jumpai dalam masa yang terdekat ini.

Sekarang ini bermacam andaian dan versi-versi cerita palsu yang tersebar, sepatutnya kita lebih bijak dalam  mendapatkan perkembangan terkini kehilangan pesawat MH370 dari sumber-sumber yang sahih. Janganlah kita sewenang-wenangnya membuat pelbagai spekulasi dan pelbagai teori kehilaangan pesawat MH370 ini. 

Kita seharusnya menghormati sensitiviti  keluarga  yang terlibat dengan kehilangan pesawat MH370 ini. Tunjukkanlah rasa hormat kepada keluarga penumpang-penumpang yang terlibat dengan pesawat MH370 tersebut.  Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Buat semua keluarga penumpang yang terlibat di harap berbanyaklah bersabar dan tabah menghadapi saat-saat sulit ini.  Sudah pasti kerajaan Malaysia masih berusaha sedaya upaya mencari dan mengesan pesawat MH370 serta di bantu Negara-negara luar dalam operasi besar-besaran ini.


Dalam kita menungu perkembangan seterusnya sama-samalah kita terus berdoa agar pesawat MH370 ini akan dapat di kesan dan dijumpai dalam masa yang terdekat ini. Marilah kita mendoakan agar kesemua penumpang MH370  selamat.

Thursday, March 6, 2014

JALAN MARUDI - MIRI = RM60j..?

Jalan raya yang menghubung pekan Marudi ke Miri sepanjang 46km  dengan kos 60 juta yang telah siap pembinaannya tahun 2013 tapi masih lagi kedengaran rungutan dari pengguna-pengguna jalan tersebut sering rosak lebih-lebih lagi bila hari hujan dan ini menyukar dan membahayakn pengguna-pengguna jalan tersebut.



Dari Marudi ke Miri pengguna jalan ini terpaksa membayar sebanyak RM30 kerana perlu menaiki 2 buah Feri untuk menyeberang Sg. Baram dan Sg. Arang, ini membebankan pengguna-pengguna kerana terpaksa membayar dengan harga yang mahal tapi jalan amat teruk.
Jalan yang sering rosak ini seharusnya di baiki dengan kerap dan segera kerana ia adalah satu-satunya jalan yang menghubungi Marudi dan Miri. Mohon nagar pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian dan tindakan segera.

Salam Blogger.....

Salam Perkenalan.....