Apai Cool The Patriot
Rumours are carried by HATERS, Spread by FOOLS, And Accepted by IDIOTS
Total Pageviews
Tuesday, August 8, 2017
THE DEVOURED SAVIOUR: CLAIRE DAN SARAWAK REPORT TERIMA PADAH, PENYUMBANG...
THE DEVOURED SAVIOUR: CLAIRE DAN SARAWAK REPORT TERIMA PADAH, PENYUMBANG...: Siapa pun di belakang Sarawak Report dan Claire Rewcastle-Brown sememangnya tidak betah duduk sekarang ini. Pelbagai cubaan untuk meng...
SEKUPANGDUA: BERBUIH MULUT PM MENYEBUT SOAL PEJUANG CYBER. SAPA...
SEKUPANGDUA: BERBUIH MULUT PM MENYEBUT SOAL PEJUANG CYBER. SAPA...: Agak meyongsang! Dalam cerita Bajrangi nie nyata ada unsur nasihat utk penyatuan... Tetapi dugaanya amat besar... pelbagai cara dilakukan ...
Wednesday, May 28, 2014
TAHU KAH ANDA....?
Kawan2 kalau tak suka kerajaan BN .....pegi duduk THAILAND negara aman. SAya forward dari group lain untuk renungan kekawan semua... sebab bolehlah jadi bahan bacaan.
CERITA mengenai pembaziran yang dikaitkan dengan kehadiran dua panda dari China, Fu Wa dan Feng Yi memang mudah menusuk kalbu. Rata-rata rakyat percaya, wang mereka digunakan kerajaan untuk membayar kos dua haiwan itu.
Lalu kerajaan pun dikecam bertalu-talu. Ada yang mencipta peri bahasa baharu, 'panda dari negara orang, tidur dalam bilik berhawa dingin, rakyat sendiri dibiar tidur bawah jambatan'.
Sekali pandang, kecaman ini memang nampak beralas. Bawa masuk dua binatang yang hampir pupus dengan kos puluhan juta, memang kelihatan seperti membazir. Apa lagi ianya berlaku tatkala kerajaan sedang bersiap sedia hendak melaksanakan GST tahun hadapan. Lalu mudahlah untuk diberatkan lagi tuduhan, GST gunanya untuk tanggung makan minum panda!
Ada pula yang sampai mencipta cukai baharu, 'cukai pandapatan' katanya!
Dalam keadaan ini, menyalahkan rakyat semata-mata pun tidak betul juga. Soalnya, seperti juga GST, sejauh manakah kerajaan berusaha memberikan penerangan sejelas mungkin kepada orang ramai mengapa dua panda ini kita pinjam daripada China.
Usaha kecil saya mencari maklumat berkaitan Diplomasi Panda dan signifikannya kepada negara dalam situasi semasa, menghadapkan saya dengan banyak respons. Ramai yang memberi maklum balas positif bahawa selama ini mereka tidak faham mengapa kerajaan perlu meminjam panda daripada China dan tulisan saya di Facebook menyedarkan mereka mengenai hal itu.
Secara mudah, siapa pun juga akan anggap kos yang dibayar untuk bawa masuk Fu Wan dan Feng Yi dari China sebagai membazir.
Namun bagi yang memahami akan makna, keperluan dan kewajaran langkah itu dari segi diplomatik dan signifikannya pada hubungan dua hala, saya yakin darjat prasangka itu akan jauh berkurangan, kalau pun tidak terhapus terus.
Neokolonialisme
China sangat penting bagi Malaysia untuk mengimbangi pengaruh antara kuasa besar, terutama Amerika Syarikat (AS).
Dalam dominasi kuasa dunia hari ini, AS mahu semua negara tunduk kepadanya dan akur dengan segala ketetapan yang dibuatnya. Dasar neokolonialisme AS teramat jelas. Ini tiada siapa pun boleh nafikan!
Sebagai 'super power', negara itu cuba menguasai dunia sebagai kuasa tunggal yang bebas masuk campur dalam urusan negara lain, terutama negara kecil seperti Malaysia.
Selepas berakhir Perang Dingin, AS menjadi satu-satunya 'super power' yang begitu bebas lagi berleluasa mencatur politik dunia. Lihatlah bagaimana ia mencetuskan perang di Iraq pada masa Bush Sr dan Bush Jr tanpa tentangan. Demikian juga di Afghanistan, kononnya untuk memerangi keganasan.
Dan kemudiannya di Libya yang hingga hari ini masih tidak berkesudahan bahananya.
Hakikatnya, dunia hari ini diperlihatkan bahawa tidak ada kuasa manusia yang boleh menandingi AS. Rusia cuba untuk bangkit menunjuk belang di Ukraine tetapi akhirnya sedar, ia tidak mampu. Dan Beruang Merah akhirnya berundur!
Potensi kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi baharu dunia sememangnya cukup menggusarkan AS!
Atas sebab itulah, AS mencurigai setiap negara yang ada hubungan akrab dengan China, termasuk Malaysia. Apakah kunjungan Barack Obama ke negara kita bulan lalu hanya sekadar kunjungan biasa?
Apakah ini bukan suatu usaha oleh AS untuk memastikan kita terus tunduk kepada Uncle Sam?
Dari segi ekonomi, China adalah negara dagangan terbesar Malaysia dengan nilai RM320 bilion setahun selama lima tahun berturut-turut. Nilai dagangan Malaysia dengan AS pula ialah RM112 bilion setahun. Dari segi nilai dagangan, AS masih jauh berkurangan berbanding China walaupun negara itu adalah pelabur utama kita dengan nilai RM29.2 bilion setahun.
Melobi
Justeru menjadi tanggung jawab kerajaan untuk memastikan hubungan baik dengan China berterusan. Panda adalah simbol diplomasi China sejak zaman Dinasti Tang lagi apabila Maharani Wu Zetian (625-705) menghadiahkan haiwan hitam putih itu kepada Maharaja Jepun.
Dan berbanding dengan negara lain yang terpaksa melobi untuk mendapatkan panda, Malaysia sebaliknya ditawarkan oleh Kerajaan China untuk menjaga dua daripada hanya lebih kurang seribu panda yang masih ada di dunia. Ini satu penghormatan!
Simbolik pada penghormatan ini adalah keyakinan China kepada negara yang diterima sebagai sahabat untuk menjaga aset dunia yang hampir pupus itu sebagaimana negara berkenaan menjaga hubungan mereka supaya generasi akan datang terus berpeluang hidup bersama panda.
Setakat ini, China hanya menghantar panda ke 17 zoo di 12 negara sahaja dan untuk mendapat peluang itu bukan mudah. Kanada menunggu selama 39 tahun sebelum Ershun dan Ji Li dihantar ke Zoo Toronto pada Februari 2012. Zoo Atlanta di AS pula terpaksa melobi selama 12 tahun dengan kos kempen RM16 juta untuk membuka hati pemimpin China membenarkan panda dihantar kepada mereka.
Lalu apabila China menawarkan Fu Wa dan Feng Yi kepada Malaysia, apakah tawaran itu patut ditolak sebagaimana pandangan para bijak pandai papan kekunci yang ghairah mengecam kerajaan berhubung isu ini?
Jika ditolak, apa pula implikasinya kepada hubungan bilateral yang sudah terjalin selama 40 tahun? Apa pula kesannya kepada ekonomi negara tanpa sumbangan China?
Kita juga maklum bahawa hubungan dengan China melalui episod suram sejak dua bulan lalu yang berpunca daripada MH370 dan diberatkan lagi dengan kes penculikan dua warga China di Sabah. Pada masa yang sama, ada desas-desus Kerajaan China hampir membatalkan penghantaran dua panda itu yang sekali gus merisaukan mereka yang memahami justifikasi perjanjian kerjasama konservasi haiwan itu kepada negara.
Apa lagi China dalam beberapa tahun akan datang menyediakan peluang pelaburan bernilai lebih RM257 bilion dan ini peluang lumayan untuk Malaysia. Hubungan diplomatik yang sudah berusia 40 tahun amat perlu dipertahankan.
Justeru perlu difahami bahawa panda bukan semata-mata binatang zoo seperti singa Afrika atau harimau Bengal untuk kerajaan bawa dengan kos yang begitu besar sebagai tontonan. Nilainya jauh lebih mahal berbanding RM25 juta kos untuk membina sangkarnya.
China adalah pasaran terbesar dunia yang amat diperlukan untuk kelestarian ekonomi Malaysia. Kerana itu, dalam memahami isu ini, jangan terbawa-bawa dengan emosi konon kitalah orang yang paling ke hadapan dalam menentang pembaziran tanpa memahami apa yang sebenarnya kita tentang!
Saya yakin, kalau kerajaan kita semata-mata condong kepada AS, orang yang sama juga akan mengecam. Berpolitik dengan kuasa besar perlu kebijaksanaan. Sekurang-kurangnya apabila kita akrab dengan China, AS akan sedikit berhati-hati dan kita juga akan ada kuasa tawar-menawar. Tetapi untuk menjauh daripada AS begitu sahaja pun tidak boleh juga.
Ini kerana, ikut pada adat ekonomi kita tidak boleh hidup tanpa kuasa-kuasa ini. AS adalah negara yang ada peranan dan menguasai ekonomi hampir semua negara di dunia. Sebesar-besar Rusia pun, apabila dikenakan sekatan ekonomi oleh AS, berundur juga tentera mereka dari Ukraine.
Jadi sama-samalah kita renung, fahami sedalam mungkin sesuatu makna sebelum kita tentang. Saya bukan penyokong totok mana-mana pemimpin atau parti politik kerana bagi yang mengikuti tulisan saya di Sinar Harian, mereka akan sedar bahawa saya sering juga mengkritik pemimpin kerajaan.
Yang penting, mengkritik biarlah dengan kefahaman, bukan prasangka
#Copy Paste
Thursday, March 20, 2014
PRK DUN BALINGIAN : BN VS PKR
Mukah, Jentera Pilihan raya BN perlu turun padang dan
bergerak ke pelusuk dan ceruk Kampung-kampung serta rumah-rumah panjang untuk
membantu Calon BN dalam menentukan kemenangan besar pada PRK DUN Balingian kelak.
Jentera pilihan raya komponen-komponen BN juga hendaklah bekerjasama senada
seirama sebagai satu pasukan dan ketepikan segala perselisihan yang akan
mendatangkan kerugian pada pihak BN itu sendiri.
Menjadi keutamaan adalah kemenangan calon BN, Mendekati,
Mendampingi dan Merayu adalah strategi
dan kaedah yang harus digunapakai untuk meraih sokongan Pengundi yang terdiri
dari pelbagai lapisan masyarakat mahupun peringkat umur. Disamping itu juga
Jentera BN hendaklah mengkaji strategi serta mengenal pasti dan mencari kekuatan,
kelemahan, ancaman serta peluang pihak
lawan. Ini amat penting agar dapat mematah serta menepis segala hujah-hujah dan
isu-isu yang di mainkan oleh pihak PKR.
Pihak Pakatan Rakyat sudah pasti akan menendangkan lagu yang
sama sahaja seperti pilihanraya yang lepas iaitu menabur dan membuat pelbagai
janji itu dan ini,namun itu semua hanyalah janji-janji kosong untuk mereka
meraih undi sahaja kerana bagi mereka “Manifesto Bukan Janji”.
Pasti nya rakyat juga tahu janji-janji mereka hanya janji
manis semasa pilihanraya saja dan tidak akan dikotakan. Hal ini terbukti setiap
kali Pilihanraya umum atau pun “by-election”, PKR pasti akan menabur janji yang
tiada hitam putihnya, bulan dan bintang lah,
entah apa lagi yang boleh dipercayai kepada pembangkang. Lainlah kalau
yang berjanji itu calon Barisan Nasional, pasti janji dan ikrarnya boleh
dipercayai kerana ia disokong oleh kepimpinan Negeri dan Pusat, segala yang di
janji akan diambil kira, kerajaan akan sedaya upaya menunaikan dan memenuhi
segala janji demi membawa kelangsungan pembangunan dan kemajuan kepada rakyat.
Rakyat didahulukan dan Janji di TEPATI….
Keutamaan dan menjadi satu “Key Performance Indicator” (KPI)
bagi calon BN adalah menunaikan apa yang dijanjikan ketika berkempen dan bukan
seperti calon pembangkang yang amat pandai berdalih dan beralasan ketika tidak
mampu menunaikan janji.
Kepada pengundi DUN N. 51 Balingian, pilihlah secara bijak
pada 29hb March 2014 ini nanti, kerana pilihan yang betul akan melancar dan
melonjak Balingian ke arah Kemajuan dan Pembangunan yang berterusan.
Monday, March 17, 2014
Fight For The Future: PRK DUN BALINGIAN : 1 LAWAN 1
Fight For The Future: PRK DUN BALINGIAN : 1 LAWAN 1: MUKAH: Sebaik saja proses penamaan calon di Dewan Suarah Mesra Mukah ditutup pada jam 10 pagi tadi menyaksikan pertembungan satu lawan sat...
Thursday, March 13, 2014
MENCARI #MH370
Masuk hari ke 6 kehilangan Pesawat #MH370, Operasi mencari
dan menyelamat (SAR) besar-besaran bagi mengesan kehilangan penerbangan MH370
Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing, setakat ini masih gagal
menemui sebarang petunjuk, ini menimbulkan berbagai persoalan dan tanda tanya,
tidak kurang pula pelbagai telahan yang dangkal di suarakan serta di kongsikan
di sana-sini lebih-lebih lagi oleh pakar-pakar kedai kopi…..
Kita percaya kerajaan Malaysia dan MALAYSIA AIRLINES telah buat yang terbaik
serta berusaha keras dari pelbagai aspek dan semampu-mampu nya menangani
situasi ini sambil di bantu Negara-negara luar… tapi adakah kita sebagai rakyat
bersama dan bersatu dalam situasi begini, sebaliknya kita sibuk menonjolkan
teori-teori dangkal yang berbeza sesama sendiri di kedai-kedai kopi, di laman
sesawang sehingga kita lupa melakukan solat hajat dan berdoa sebagai seorang
muslim dan memohon pertolongan dari ALLAH swt.
Memang bagus ada cadangan agar
PM menghubungi Imam Mekah dan Ulamak-ulamak di tanah arab untuk solat hajat dan
berdoa di tempat mereka tapi bagai mana pula dengan kita,berapa banyak
surau-surau dan masjid-masjid di Malaysia yang melakukan solat hajat, perlukah
kita menunggu arahan dari kerajaan baru kita menghadirkan diri dan melakukan
solat hajat, mungkin Allah swt menunggu satu sahaja lagi lagi doa dan solat
hajat dari seorang hambaNYA. Mungkin orang itu adalah ANDA? Mana usaha kita… Sebaliknya kita ada yang sibuk menjadi pakar teori, mencari
maklumat membuat andaian serta spekulasi dan terus cepat-cepat menghantar dan
berkongsi di laman sesawang tanpa memeriksa ataupun meneliti sumber yang kita
terima serta kesahihan nya, ya memang betul lah kata sesetengah orang, Orang Malaysia suka pada rumours….
Ada pihak pula yang melihat dari sudut politik dan
menyalahkan kerajaan saja, apa yang kerajaan buat serta lakukan semuanya tak
betul, yang kurang akal pula mengatakan ia adalah Konspirasi, semuanya di lihat
dari sudut Negatif saja. Jangan hanya membuat spekulasi tanpa fakta Seharusnya
sebagai rakyat Malaysia yang cinta kan kemakmuran dan kedamaian, Kita sentiasa
bersama dan bersatu menghadapi musibah ini tanpa mengira fahaman politik maupun
parti, bangsa dan agama, kita tunjukkan sikap dan semangat Patriotik kita dan
menyokong kerajaan menangani tragedi ini. Berfikirlah secara minda kelas
pertama. Kita juga sebagai manusia jangan lupa ini semua perancangan
dan ketentuan ALLAH swt, sebagai orang islam yang beriman wajib percaya pada
Qada n Qadar nya. Kita hanya mampu berusaha dari pelbagai sudut sama ada Sains
dan Teknologi di samping itu kita jangan lupa untuk terus berdoa pada ALLAH swt
memohon pertolongan nya agar semua ini akan terjawab dalam masa terdekat
Tuesday, March 11, 2014
29HB BALINGIAN KEKAL MILIK BN. .?
Tarikh pengundian awal adalah
pada 25 Mac manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 17 Mac.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
menetapkan 29 Mac sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Balingian selepas PRK Kajang yang ditetapkan pada 23 Mac
selesai diadakan.
Persoalan nya sekarang ialah siapakah
calon BN yang bakal mengisi kekosong Kerusi DUN Balingian yang kosong susulan
peletakan jawatan penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dilantik sebagai
Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Siapa pun calon BN nanti yang
pasti dia adalah yang terbaik telah di pilih oleh pucuk pimpinan negeri dan
Pusat. Calon BN sudah pasti dari parti
PBB kerana kerusi bagi DUN tersebut milik parti PBB. Pemerhati Politik menjangkakan PBB akan mengekalkan
kerusi DUN Balingian menjadi milik BN, tapi bolehkah calon baru ini menang
dengan majoriti yang besar kerana pada
pilihanraya yang lepas menunjukkan setiap kali calon baru diperkenalkan,
sokongan pasti akan meningkat.
Pilihanraya kecil DUN
balingian ini akan menjadi penanda aras sokongan kepada BN untuk menghadapi
pilihanraya Negeri yang di jangka dalam masa 2 tahun lagi. Pilihanraya kecil
DUN Balingian ini juga adalah ujian pertama untuk kepimpinan Ketua Menteri
Sarawak yang Baru.
Apa pun semua nya pasti akan
terjawap pada malam 29.03.2014 nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)